Subscribe:

Really miss that moment

Assalamu'alaikum wrt..


Ye..aku tersangat merindui saat2 itu.. Saat di mana aku dan muz baru bergelar suami isteri. Alkisahnya, selepas seminggu majlis sambut menantu di rumah muz, kami terus pindah ke kuantan memandangkan muz posting di Hosp. Tengku Ampuan Afzan (HTAA). So, kami menyewa rumah di cenderawasih. Yelah, hidup berdua di negeri orang, sedara2 jauh. Jadi banyak masa yang dihabiskan bersama. Ketika tu hidup aku fulltime housewife memandangkan aku tak mengambil short semester untuk master (June - August).



Rumahku berdekatan dengan masjid, jadi most of the solat time. Kami berdua ke masjid untuk berjemaah. Aku tak pernah berjumpa lagi dengan masjid yang sebegitu makmur/imarah dengan jemaah dan aktiviti2 (tazkirah maghrib/subuh, talk dan ceramah2 di hujung minggu). Waktu kami memang terisi.. Bila on the way balik rumah tu, selalu la aku bertanyakan pendapat muz. 'Abang rasa cara penyampaian/ pengisian tazkirah dari ustaz tu tadi ok ke tak?'. Then kami akan discuss tentang tokoh2, ustaz2 yang cara penyampaiannya cukup berkesan dan hebat. Pasal current issues dan sebagainya. Seawal 5.30pagi, azan dah berkumandang..then muz akan kejutkan aku memandangkan before kahwin aku tak pernah bangun seawal tu untuk solat subuh except bulan ramadhan. Biasanya bangun dalam 6 lebih camtu. Tu benda baru yang aku belajar dari muz. Then mulalah aku terlentok2 ketika on the way ke masjid. Di masjid, jarang ada anak muda seusia dengan aku. So, kerja aku adalah belajar menyesuaikan diri dengan makcik2 yang dah jadi nenek2. Hihihi. 



Kenapa aku mengatakan masjid cenderawasih nih begitu makmur dengan jemaah dan aktiviti2?? Sebab solat subuh sahaja, jemaah lelaki boleh mencapai 10 saf. Untuk jemaah perempuan dalam 2 saf camtu. Pihak masjid pun provide banyak parking. Aku paling senang melihat telatah anak2 kecil yang dibawa parent masing2. Ada yang berjubah, berpelikat, pakai seluar track, ada yang sampai tertidur2 tepi tangga sementara menunggu iqamah. Segala2nya menyejukkan hati. Selesai solat di masjid, aku akan berjemaah membaca quran dengan muz. Aku belajar memperbetulkan bacaan dengan muz memandangkan muz adalah sifu ku. (Alhamdulillah..Allah kurniakan kepadaku seorang suami yang bergelar hafiz).. Akan tetapi, tak semestinya kena dapat suami hafiz baru nak belajar or baca quran. Aku yakin suami2 wanita di luar sana semuanya hebat2 belaka. Yelah kan, kalau korang pi belajar quran bersama lagilah dapat ganjaran yang besar. Perasaan kasih dan cinta inshaAllah makin hari makin mantap..;)



Ramadhan yang tak mungkin dilupakan...
Ramadhan 2011, merupakan ramadhan yang penuh bermakna. Alhamdulillah Allah bagi peluang kepadaku untuk berbakti kepada suami. Aku jadi fulltime housewife. Hihihihi.. Mostly aku masak untuk berbuka dan sahur. Betapa riang dan berbunga hati seorang isteri dapat menghidangkan juadah sebelum suami pulang dari kerja. Then bila muz sampai rumah, seperti biasa. aku akan bersalam dan menyambutnya. (Hilang rasa penat memasak bila suami menghadiahkan pelukan..hihihi). Then sementara menunggu waktu berbuka, kami akan menonton tv bersama.. tengok rancangan2 yang best2..Rumah kami takde astro, TV9, TV Alhijrah. Tu lah yang menjamu mata kami. Lagi berbunga hati bila time makan suami memuji masakan. Hehehe..(suami mana yang akan cakap, awak masak tak sedapla kat isteri dia kan..;p) Even aku tahu aku orangnya bukannya pandai masak sangat. Tapi always try the best untuk memenangi selera muz memandangkan selera kami agak berbeza. Untuk terawih, muz suka round masjid. banyak masjid dan surau yang kami pergi untuk mendengar cara bacaan, dan mostly masjid/surau yang kami pergi agak menjadi. ;) If, ada di antara kami yang tak berapa sihat. Muz akan berjemaah di rumah.. Muz orangnya tak memilih dalam bab makan, even kalau aku tak sempat masak untuk sahur, muz akan mengajakku bersahur dengan kurma dan air masak sahaja. Gold experience untuk aku memandangkan aku nih orangnya tak suka bangun sahur sangat time sekolah menengah dulu..hehehe



InshaAllah, if ada masa dan peluang aku akan menulis tentang perkahwinan jarak jauh (PJJ), pregnancy, pulak lepas nih..;)










Jatuh

Assalamu'alaikum wrt.

Dah lama aku tak menulis. Terlalu banyak untuk ditulis tapi seringkali dibiarkan segala2nya membeku dalam otak. Seakan2 jadi output yang tak terkeluar. Status sekarang nih dah 24 weeks pregnant. Banyak suka duka yang dilalui sepanjang tempoh pregnant nih. Tidak terkecuali diri mudah sangat stress sekarang. Hati kotor, sebab tu mudah stress. Quran pun dah lama tak baca (baca tapi tak konsisten). Kenapa terasa diri makin jauh? Mungkin aku terlalu memikirkan hal dunia nih, sehingga terlupa yang kekal abadi. benda yang wajib dicari adalah yang akhirat sana. Buku2 agama dah lama tak khatam. ;( Dibiarkan berdebu di rak. Itulah aku..iman turun naik. tak seperti hamba2Nya yang lain. yang konsisten, istiqamah, dan sentiasa mengingatkan diri. Bila dilanda taufan badai masalah baru kembali padaNya.


Mudah sangat down dengan benda2 kecil. Suamiku selalu berpesan..ilmu, kepandaian adalah hak Allah. Begitu terpesona aku dengan seorang lelaki yang menyejukkan hati setiap kali memandang wajahnya. Aku sedar, aku tak sekuat muz. Tak setabah dia. Dilanda badai sedikit aku terus hanyut. Seakan2 tak pandai nak swimming langsung (memang tak pandai swimming pun ;p). Sekarang mudah sangat rasa demotivate. Hidup PJJ yang tak berkesudahan. Entahlah, diri makin lama makin fragile. Bila tengok perut sendiri yang dah makin boyot, mengingatkan betapa Allah itu Maha Penyayang..Dikurniakan insan kecil buat peneman mengharungi hidup tanpa suami di sisi. Ye, aku sedar..aku di sini kerana mujahadah ilmuNya. semoga penghujungnya manis. Itu doaku setiap kali usai solat.


Tak ada satu pun tarbiyyah dariNya yang datang  dengan suatu yang sia2. segalanya terselit hikmah. Aku sedang belajar untuk menerimanya dengan perasaan sabar dan redha. Aku bersyukur tatkala diri alpa dan jauh, tarbiyyahNya datang menegurku. Ya Allah, jangan Engkau biarkan aku jauh dariMu walaupun sesaat atau kadar yang lagi pendek dari itu.


Muz selalu mengingatkan aku, orang2 yang hebat hari ini mostly menjadi hebat kerana kegagalan mereka di masa lampau seperti Steve Jobs, Sidek Baba dan sebagainya. Aku cuba mendengar dengan tekun dan menghayati kisah2 hidup mereka. Kadang2 aku fikir, mungkin lepas nih aku nak buat benda yang aku minat. Nak fokus famili, suami. 


Masing2 Allah uji..Rezeki setiap orang tak sama. Sentiasalah bersangka baik padaNya. pasti endingnya manis..














Sedikit update

Assalamu'alaikum wrt..


Dah lame aku tak update blog..Mungkin kerana terlalu sibuk menulis.. Tapi kadang2 hati terdetik jugak..updatelah ina selagi punya kesempatan.. Jangan biarkan otak tu berkarat sangat.. menulis pun okey jugak..mencoretkan sesuatu yang mungkin boleh menjadi perkongsian. Alhamdulillah, aku dah berada di peringkat akhir menulis thesis untuk master..Segalanya berkat doa suami, ibu, ayah dan keluarga2. InsyaAllah thesis akan disubmit setelah supervisor dah allow untuk buat three copies to examiners.



Mungkin bagi sesetengah orang, buat master nih biasa aje.tahap susah dia biasa2 saje.. TAPI tidak bagi aku..boleh dikatakan perjalanan aku amik master ni unik. Penuh dengan liku2 dan dugaan yang mampu menjadikan diri aku kadang2 tersungkur jugak di tengah jalan. Suamiku yang banyak mengerti jerih perih dan cukup bersabar setiap kali aku mengadu. Dari awal perkahwinan kami, aku berulang alik dari gombak ke kuantan 2 minggu sekali.. Abang memang banyak sabar dan selalu mengingatkan aku..setiap kesusahan itu pasti disusuli dengan kemenangan.



Kadang2 stress memikirkan takut2 aku tak mampu untuk melakukan yang terbaik untuk suami. Aku akui..aku orangnya agak degil, sekali dah langkah..aku takkan undur.. aku akan redah walaupun tergolek terguling..Dari kecik, aku sudah terbiasa dengan hidup susah.. Adik2 dah bising kenapa aku masih lagi berulang alik berjalan kaki dari kolej ke kuliah even dah amik master..satu jarak yang agak jauh..kata diorang lagi..cukup2lah dengan 4 tahun aku berjalan kaki sampai dah naik kematu tapak kaki nih. Bagi aku kesusahan aku tak sebanding dengan kesusahan ayahku membesarkan kami 10 beradik. So, aku susah macam mana sekalipun time amik degree or master.. Aku tetap rileks..Suami dah banyak kali menawarkan supaya bawak je kereta dia, dia boleh g keje naik motor.. Tapi aku tetap berkeras menolak..Bukan taknak..tapi aku fikir dari banyak aspek. Dasar manusia complicated ko ni ina..>_<



Tapi seriously, mungkin aku nih adalah manusia yang dipilih untuk menjalani kehidupan yang kadang2 aku tak pasti..boleh ke? last2 end up dengan..Aarghh..aku redah aje.. Kahwin pun hidup jarak jauh..tapi takpee..banyak hikmahnya...hehehe...Antara hikmah2nya..nanti aku cerita lagi..kena cari bahan la sikit..semoga apa yang aku tulis nih boleh mendatangkan manafaat untuk orang lain..






Bermimpilah part 1

Assalamu'alaikum wrt..


Sang pemimpi...
Mungkinkah itu adalah aku??
Rasa macam tak layak lagi..suatu ketika pernah jugak menonton cerita 'Sang Pemimpi'
Dari angan2 menjadi cita2..maka kejarlah cita2 itu dengan bersungguh2..berusaha sebaik mungkin..Berdoa dan bertawakallah kepada Allah..Bagi aku movie yang digarap baik oleh Andrea Hirata.




“SANG PEMIMPI”




Merupakan sebuah filem kesinambungan dari Laskar Pelangi…
Jalan ceritanya berkisar tentang 2 orang kanak2
yang begitu tabah dan sabar melalui liku2 kepayahan hidup..
Serba kemiskinan… Namun, semua itu bukan alasan
untuk mereka hidup susah seperti itu…
mereka mempunyai satu kekuatan…
‘MIMPI’



Pernah jugak aku berborak dengan seorang kakak senior (Indonesian). Dia bertanyakan aku, 'ina.. apa impian kamu?' aku merenungnya lama. Blank sekejap..Kalau nak jawapan spontan macam tak dapat nak jawab direct je aku nih. lama aku diam..Hurmmmmmmm..Panjang nafas dihela. mengeluh ke aku? mungkin ya mungkin jugak tidak. Soalannya tidak ku jawab.Tiba2 terus terkeluar soalan keramat dari mulut aku. lancar dan tenang..Akak??


kalau aku......Aku mau ke Eropah..mau melanjutin kuliahku di sana.. mau mengejar impianku yang hanya berhenti di tengah2 jalan. mungkin saat ini akulah manusia yang paling tolol di atas muka bumi ini. Tapi aku nggak penah nyesal. Semua aturan hidup itu sudah diatur sama Allah. Cuma semuanya terpulang sama aku. mau memilih jalan yang sukar atau nggak. Dia merenung aku. Kenapa? lagi ada masalah ya?


Nggak la kak. aku cuma mau termenung.
Tiba2..kakak tu terus menyambung.. Idup ini jangan disulitin (disusahkan).
Betol jugak cakap kakak tu. Mana ada idup ni straight macam highway, highway pun ada yang bengkok2 jugak. Berani bermimpi..berani berusaha keras... selebihnya serahkan pada Allah.. Dia Yang Maha Berkuasa untuk memberi..


Terkagum sekejap membaca biography mamat nih...umur baru 29 je kot...ANDREA HIRATA...Apa impian aku??kesudahan conversation antara aku ngan kakak tu..insyaAllah.. de masa aku update..



Bersambung part II ;)





Telepathy

Assalamu'alaikum wrt..


Telepathy?? macam kelakar jugak bunyinya. macam orang dolu2 je..
Believe it or not, me and muz had posting the same thing accidentally at last month. Just differ in the feature one je. muz post dalam bentuk video, while me in words..^__^


from muz.. at his blog






from me.. at my FB



Quick Update!

Assalamu'alaikum wrt...


Mood untuk berblogging mungkin sudah hilang... So, maybe i just need to write up the thing that had just cross my mind. kalau tak, lagi banyak draft yang q dalam otak ni tak tertulis.
what i need now is just be more patience! InsyaAllah it will turn out to be a good reward.. Kena banyak2 doa..Just nak jugak gitau kat blog yang mungkin takde siapa pun baca..
As long as i live..i will love u till my last breath.. I love U Mohd Muzani and my families... Writing up my THESIS...



credit to deviantart


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar [Al-Baqarah:153]


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [Al-Baqarah:155]

Fake anaesthetic

Assalamu'alaikum wrt

These songs stucked in my head..
i just love the melodies not the lyric ...hihihi..
i knew, it look like fake anaesthetic for this time being..
but..who cares..layaaaaanzzz jeler..












Stiffness

Assalamu'alaikum wrt...






Lately, banyak benda yang membuatkan diri ni terasa rapuh.
Dan kadang2 rasa macam nak pandang je tanpa berkata apa2. Kata orang putih, let the eyes talk to the nature. Bila pandang manik2 hujan kat luar tingkap bilik, terasa hiba. Terasa sudah jauh perjalanan yang ditempuh, terkedu dan coincidently terasa diri ni macam takde apa2 achievement seusai usia diri yang sudah pun menginjak 26 tahun.

Yes..diakui kadang2 perasaan comparable tu datang. suka membeza2kan diri sendiri dengan orang lain. Contohnya, aku sangat mudah membezakan diri dengan kawan2 yang lain dari segi pekerjaan/career. Oooh dia dah menjawat jawatan yang gajinya mesti mantap, ooh dia dah memiliki kereta idaman aku dan etc. Dan bila aku compare dengan diri sendiri, terasa jauh ketinggalan. di usia yang sama aku masih lagi merangkak2 untuk menyiapkan master aku yang dah memakan masa lebih dari orang lain. Sering juga tertanya2 kenape aku masih stuck di sini sedangkan mereka2 itu sudah jauh meninggalkan aku. Di usia 26tahun, mereka sudah mampu menghulurkan duit belanja kepada orang tua di kampung, menampung persekolahan adik2 dan etc. Tengok betapa terasa diri ni tak bersyukur dengan pemberianNya. Astaghfirullahalazim~~


Dan sekarang ni rasa rapuh tu seakan2 sudah menguasai hampir separuh dari diri ini.. Baru tersedar yang sebenarnya diri ni sememangnnya lemah. jiwa yang menghadapi tidak sekuat dan tidak sekental kaki yang melangkah ke sana ke mari. Mengharapkan belas ehsan dari Nya semoga semangatku ini masih mampu bertahan untuk menghadapi perjuangan yang masih berbaki ini. Bersyukur dikurniakan suami seperti muz. Di saat jiwa lelah dengan perjalanan ini, Allah masih lagi menghantar seseorang yang mampu membuatkan airmata ini berjurai di bahunya. masih lagi ada insan yang berusaha membuat aku tertawa. yang masih lagi mampu mendengar setiap curhat ku walaupun dalam kepenatan. Ye, kami diuji dengan jarak jauh. menjalani kehidupan suami isteri seadanya. Muz banyak mengajar aku, mengajar untuk menjadi kuat, mengajar untuk aku terus menjadi seorang pemaaf, mengajar untuk aku sedar kadang2 kita harus menerima teguran dengan baik, dengan hanya memikirkan bahawa setiap teguran itu sebagai pemangkin untuk mendewasa dan mematangkan diri. Muz tak banyak cakap, dia banyak mengajarku melalui perilakunya.


Makin dewasa makin perlu menjadi matang..
Mungkin aku orangnya banyak belajar dari orang2 di sekelilingku. Dari anak2 kecil, dari adik2 aku sendiri, dari suamiku, dari keluarga2ku, dari teman2. Ye, belajar untuk menjadi matang itu tak seharusnya dengan mengadap buku 24jam. Kutiplah card2 pengalaman di setiap check point hidup kita lalui. Dan apa2 pun, kembalilah kepadaNya di waktu senang mahupun susah. Bersabarlah dengan setiap kesulitan/ kesusahan..pasti disusuli dengan kemenangan.. Lillahi Ta'ala..insyaAllah apa pun yang kita lakukan dengan hanya mengingati niat keramat itu.. Allah akan mempermudahkan perjalanan ini..amin..~~


Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-Baqarah:155)



Didiklah hati supaya sentiasa bersabar..

Arrangement

Assalamu'alaikum wrt..


I need to re-arrange my 'life schedule'
For the better one!


If u bought a shoes with a size of 4 and your feet is a size of 6
You better change or return it back to the store
If not! just accept the consequences with a big smiley...

like this >>> (^_______________________^)

When a STRANGER like the CLOSER one

Assalamu'alaikum wrt..



Sudah lama tak menjengah blog nih..

Keupayaan dan semangat untuk menulis makin menurun..kalau mengikut engineering, aku kini sedang berada di stage 'elongation' based on stress-strain diagram la. Pernah tak korang rasa macam 'untrusted'. Rasa macam dah tak percaya kat sape2. Tiba2 dalam rasa 'untrusted' tu.. kita boleh menceritakan sesuatu yang kita duk tahan kat seseorang yang kita tak pernah rapat pun secara coincidence. tapi kenallah kan. takkan nak main redah je. tapi on that time, kita rasa macam boleh trust kat dia.. boleh tengok keikhlasan dia dalam mendengar curhat (curahan hati). Dan dia pun sama2 buat sesi curhat jugak kan.Yess..that we called there's a time stranger like the closer one.



So, betapa rasa rasa bersyukurnya dalam kepayahan dan kesedihan tu, Allah still lagi pemurah untuk menghantar someone yang mampu buat kita rasa comfort. On the spot pulak tu. Subhanallah..bukan senang nak relief sesuatu especially kat stranger kan. Of course la cerita kat suami dulu, if suami takde kat depan mata kenalah tangguh dulu perasan seperti ' lend me your shoulder to cry on' kan.. Sejak kahwin nih, i had promised to myself that i will be more mature in confronting any problems/troubles. But sometimes, perasaan tu jadi unbearable tau.. takleh tanggung sorang2.. kena luahkan jugak kat somebody yg kita trust. Yelah..umur dah 26 kan..mestilah cara kita solve problem pun agak mature. Benda yang kecik2 malas dah nak fikir, peti fikiran nih asyik duk fikir yang long term punya je kan..asyik fikir benda yang ahead je. families matter, career, and etc..



Yee.. semua orang tak sama. Cara fikir pun pasti berbeza. That's why dalam dunia nih kita nampak ada orang jadi doctor, engineer, businessman, labourer and etc. In conclusion, world is colorful. Ada orang jenis stubborn, hot-temper, fussy and etc. and at the other side, dunia masih lagi mempunyai orang2 yang bersikap lemah lembut, sabar, pemurah, baik and etc. Bila dah deal dengan tanggungjawab nih.. Banyak yang perlu kita korbankan. Yang jenis ambitious kenalah kurangkan sikit ke'ambitious' an tu memandangkan tak semua benda kita boleh buat or boleh dapat sekaligus. Jenis yang lucky tu mungkin dapat kot, tapi aku orangnya jenis yang akan dapat satu2. Alhamdulillah..taknak jadi greedy pun.. Bersyukur dengan apa yang dikurniakannya samada berbentuk kesusahan mahupun kesenangan. Banyak yang aku belajar sekarang..untuk berjaya di dunia dan akhirat, selalulah berfikir benda2 yang positif. Dan kita sebagai umat islam, kita sentiasa digalakkan untuk bersangka baik dengan Allah. Before kahwin dulu, aku banyak belajar teori..macam2 teori.. tapi jarang practise. Bukan teori2 akedemik tu..tapi teori2 tentang hukum alam dan fitrah manusia.. Contohnya, masa belum kahwin, ada kawan2 yang pjj (perkahwinan jarak jauh). Sebahagiannya ada yang mengeluh, rindu kat suami, rindu kat anak. tapi masa tu aku yang single nih asyik duk cakap, sabarlaa.. insyaAllah nanti ko bolehlah jumpe suami/anak ko (bercakap macam aku ni macam dah rasa je). For me, you don't even know how it feel was until you get into it! But now, bila aku yang lalui sendiri, baru aku faham camne rasanya. T__T



Semakin meningkat usia, semakin matang.. kesilapan semalam menjadikan kita lebih berjaga2. more alert. hidup tak semuanya indah. dan hidup jugak tak semestinya smooth like the flowing river, sometimes sungai pun akan stuck alirannya if banyak sangat sampah sarap or batu batan yang menghalang alirannya. So, di saat kita stuck tulah.. kita try untuk mencari solution. Merenung berapa kali rasa syukur itu datang ketika perjalanan hidup nih smooth je. Mungkin boleh dibilang dengan jari sahaja.Belajar dan terus belajar. Belajar untuk bersabar, belajar untuk memaafkan orang lain, belajar untuk menjadi yang terbaik walaupun kita sendiri terpaksa mengorbankan sesutau yang paling kita inginkan. Pernah aku terbaca satu entry dari drmaza.com.. kata2 yang membuatkan mataku bergenang.. 'Kesian kita, kerana dengan rahmat Allah, aib kita masih lagi tertutup'. Boleh click link nih Insaf Dalam Menilai Setiap Insan. Aku selalu mengingatkan diri bila musibah tu melanda..Aku nih terlalu banyak dosa, dan Allah masih sayangkan aku, masih sudi untuk merindui rintihanku.. dan sesungguhnya setiap kesabaran itu pasti disusuli dengan kemenangan..



P/s: Aku masih lagi menulis tesis..doa2kan semoga dipermudahkan dan semoga segalanya lancar.